Sabtu, 13 Jun 2015
Ahad, 7 Jun 2015
bihun goreng cina

Bahan-Bahan:
1) bihun satu bungkus
2) cabai melaka 6 biji
3) lada hitam 20 biji
4) bawang putih/merah 6 biji
5) sayur lobak merah sawi selodek jagung
#bahan untuk menumis,ambil bahan 2,3,4.kisar bahan tadi sehingga lumat.
CARA-CARANYA:
Ambil sedikit minyak masak untuk menumis masuk bahan menumis,sehingga kuning. masukan bihun,kacau sehingga bihun lembut masukan telur(kalau perlu),akhir sekali masuk sayur kedalam bihun tadi.kacau sehingga bihun lembut.
CADANGAN HIDANGAN:
setelah masak hidang dalam pinggan,untuk melazatkan lagi,hias dengan daun sup/daun bawang diatas bihun,tabur.
Tambahan:
masuk kan perasa(ajinamoto)garam secukup rasa.
Udang 1000 Rasa
Bahan-Bahan:
| |
Bahan 1
500 g udang
2 biji telur
3 sudu tepung jagung
garam
lada hitam
minyak
|
Bahan 2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 sudu sos cili
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 biji telur (dipukul)
Gula
Garam
|
Cara:
| |
1. Gaulkan semua bahan 1. Kemudian goreng udang hingga masak.
2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih. Selepas garing, masukkan semua sos dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Selepas itu masukkan udang dan gaul hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata.
4. Hidangkan di dalam pinggan.
|
jom buat duit free tanpa modal
sementara mencari idea tuk resepi baru jom buat duit free tanpa modal...hanya dihujung jari anda saja yang boleh menentukan pendapatan anda.....good luck
try disini http://bit.ly/1HKUbL3
try disini http://bit.ly/1HKUbL3
Ahad, 26 April 2015
Nasi Goreng Daging Merah ala Thai
Bahan-Bahan:
Bahan untuk daging
merah:
200 gram daging
pewarna merah
1 senduk minyak masak
1 inci halia, hiris
nipis
3 ulas bawang putih,
diketuk
5 biji cili padi,
tumbuk kasar supaya pecah sedikit
1/4 cawan cili kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau
purut
3 batang kacang
panjang, potong 2 inci
4 biji jagung muda,
potong memanjang
sedikit tepung jagung
Karot, potong memanjang
Bahan untuk nasi
goreng:
4 cawan nasi
Sayuran campur atau
mixed vegie
2 sudu besar cili kisar
1/2 ketul kiub ayam
1 biji telur
2 ulas bawang putih,
hiris nipis
3 biji bawang merah,
hiris nipis
Garam dan gula secukup
rasa
Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak
daging merah:
Rebus daging di dalam
air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
Angkat dan sejukkan
daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
Panaskan minyak dan
goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan
ketepikan.
Dalam minyak yang sama
tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan
masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sos
tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
Masukkan daging, kacang
panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan
daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.
Cara untuk memasak
nasi goreng:
Panaskan minyak, tumis
bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar
dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan sayuran campur
dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati. Buat lubang di tengah
dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Nasi Pattaya
Bahan-bahan yang perlu diesediakan:
2 cawan nasi putih
3 sudu isi ayam di potong kecil
4 ekor udang
1 ekor sotong
2 biji bawang putih
5 biji cili api
50 gram kacang pes
3 biji telur
sedikit gula, garam dan serbuk perasa. minyak untuk menumis
cara membuat dan menyediakannya:
cili dan bawang putih ditumbuk sehingga lumat, kemnudian tumis kedua-duabahn ini hinggan bau harum. Masukkan pula sotong dan isi ayam dan biar sehingga masak.
Kemudian masukkan kacang pes, nasi, gula dan garam secukupnya. gaul hingga rata sehingga nasi masak.Dengan menggunakan kuali berasingan, goreng telur yg telah dipukul Telur dibentuk menjadi bulat dan lebar untuk digoreng. Biar sehingga telur masak dan padam api dapur.
Ambil nasi yg telah digoreng.tuangkan ditengah-tengah telur kemudian bungkus nasi dengan melipattelur menjadi empat segi dan menutupi nasi. Letakkan di atas pinggan,hidangkan bersama sos cili dan beberapa potong timun di atasnya.
Jumaat, 17 April 2015
Coto Makassar
Bahan-bahanya untuk membuatnya adalah seperti berikut:
sediakan 500 gram daging sapi, sandung lamur
500 gram babat, rebus sampai matang
300 gram hati sapi, rebus sampai matang
200 gram jantung sapi, rebus sampai matang
5 batang serai penyet-penyetkan 4 sm lengkuas penyet-penyetkan
2 cm jahe penyetkan
5 lembar daun salam
250 gram kacang tanah, goreng haluskan
2,5 liter air cuci beras/tajin
1 sdm bumbu kaldu bubuk rasa sapi
6 sdm minyak sayur
Haluskan:
10 siung bawang putih,
8 butir kemiri sangrai1 sdm ketumbar sangrai
1 sdt jintan sangrai
1 sdt garam dan
1 sdt merica butiran
Pelengkap : bawang goreng, irisan daun bawang dan irisan seledri, sambal taocoHaluskan : 10 bawang merah, 5 siung bawang putih, 10 cabai keriting rebus sebentar, 100 gram taoco, tumis dengan 6 sdm minyak sayur hingga matang, haluskan tambahkan garam dan gula merah
Cara-caranya:
1. Pertama sekali rebuskan daging sapi, babat, hati dan jantung, beri serai, lengkuas, jahe dan salam setelah matang angkat, tiriskan, potong dadu. Jerohan sapi matang, potong dadu. Sisihkan.
2. Kemudian Panaskan minyak, tumis bumbu yang dihaluskan hingga harum, masukkan kedalam kaldu, tambahkan kacang tanah goreng, didihkan.
3. Penyediaan, siapkan mangkuk, isi dengan daging dan jerohan beri kuahnya, taburi bawang goreng, irisan daun bawang dan seledri sajikan dengan buras dan sambal taoco
1. Pertama sekali rebuskan daging sapi, babat, hati dan jantung, beri serai, lengkuas, jahe dan salam setelah matang angkat, tiriskan, potong dadu. Jerohan sapi matang, potong dadu. Sisihkan.
2. Kemudian Panaskan minyak, tumis bumbu yang dihaluskan hingga harum, masukkan kedalam kaldu, tambahkan kacang tanah goreng, didihkan.
3. Penyediaan, siapkan mangkuk, isi dengan daging dan jerohan beri kuahnya, taburi bawang goreng, irisan daun bawang dan seledri sajikan dengan buras dan sambal taoco
Ahad, 12 April 2015
Resepi Fluffy Cream Puff
Panaskan 200g air bersama 90g mentega sehingga mendidih. Tutup
api, masukkan tepung cream puff (A) dan kacau aduan hingga sebati dengan
tenang. Buka api kecil dan masukkan 4 biji telur dan kacau lagi sehingga pekat.
Masukkan ke dalam pping bag yang disediakan dan potong hujungnya (sedikit
sahaja) & paipkan ke atas dulang yang digiris dengan mentega atau dialas
dengan baking paper. Bakar pada suhu 200c selama 20 minit dan turunkan suhu ke
150 c & bakar lagi selama 10 minit.
Filling Kastard:
1. Kacau serbuk
kastard (B), 200 ml susu segar, 1 biji telur dan 1 sudu segar, 1 biji telur dan
sudu besar minyak masak sehingga sebati dan masak diatas api kecil sehingga
likat.Sejukkan.
2. Masukkan ke dalam piping bag dan picitkan ke
dalam cream puff yang telah sejuk. Hiaskan dengan taburan gula aising, ataupun
belah separuh cream puff dan sudukan inti ke dalamnya.
### Pihak kami juga menyediakan tepug CREAM PUFF untuk memudahkan kita membuat resepi berkenaan.kepada sesiapa yang berminat menambahkan pendapatan juga boleh mendapatkannya dengan menghbungi talian tertera.\:
### Pihak kami juga menyediakan tepug CREAM PUFF untuk memudahkan kita membuat resepi berkenaan.kepada sesiapa yang berminat menambahkan pendapatan juga boleh mendapatkannya dengan menghbungi talian tertera.\:
Sabtu, 11 April 2015
Resepi Lamb Grill Black Pepper
Bahan-Bahan:
• 500gm daging slice/2 keping daging
• 2 sudu marjerin/butter
• skit garam dan blackpepper
• BHN SOS BLACK PEPPER
• 1/2 sudu black pepper
• 1 sudu mentega
• 1 kuib ayam
• sebatang saderi-dicincang
• sebiji bawang besar- dicincang
• 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
• 2 sudu tepung gandum
• 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
• garam skit
• BHN MACARONI / COLESLAW
• segengam macaroni - direbus dan ditos
• segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
• 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
• sesudu air lemon
• BAHAN MASHED POTATO
• 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
• 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt. 2 sb butter, garam dan lada hitam sedikit
• sos black pepper/gravy
• BAHAN SAMPINGAN
• kentang goreng
• 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
• sebiji tomato- dihiris
Cara Membuatnya:
1. Gaulkan daging ngan skit garam dan blackpepper .perap sebentar kemudian grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. dan balik2kan sampai masak.
2. Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.
3. Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam.
4. Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan masukkan butter. kemudian susu segar dan tmbhkan lada itam dan garam skit. cedokkan dan curahkan sos black pepper/gravy td.
5. Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus. hana wat gak chicken chop coz my kids tk mkn daging.
Jumaat, 10 April 2015
Spaghetti Bolognese
Bahan-Bahan Sos:
Bawang besar 1 biji - didadu
Bawang putih 2 ulas - dicincang
500gm mince meat
1/2 batang carrot - didadu
1 botol bolognese sause
Garam
oregano herb
black pepper
Cara -cara membuat resepi ini:
Pertama sekali , tumis bawang hingga layu. Masukkan chili paste, kacau sampai chili masak.
Masukkan mince meat, kacau hingga daging masak. Kalau ada meatball, boleh masukkan sekali (meatball jangan digodak berlebihan untuk mengelakkan hancur ketika dimasak)
langkah seterusnya ialah dengan memasukkan bolognese sause.
Masukkan garam, black pepper dan oregano herb secukup rasa.
Kalau sause dah didih, dah boleh matikan.
Bahan Meatball:
Bawang besar 1/2 biji - dicincang
Bawang putih 1 ulas - dicincang
Mince meat bergantung kepada kita seberapa banyak yang kita kehendaki
Telur 1 biji
Tepung gandum 2 sudu makan
Garam secubit.
Cara Membuat Meatball:
Gaul dengan sebati dan sempurna semua sekali.
seterusnya, bila dah sebati kepal-kepalkan bentuk bulat
akhir sekali rebus separuh masak untuk mendapatkan rasa yang secukupnya..
selamat mencuba!!
Resepi Baked Meatball
Bahan-Bahan:
• Untuk meatballs
• 500 gm daging lembu kisar
• 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
• 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
• 1/2 teaspoon serbuk cili
• 2 genggam breadcrumbs
• 1 telur
• 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
• 1 tablespoon daun rosemarry dicincang - xde
• garam
• 1 teaspoon serbuk blackpepper
• Untuk tomato sos
• 1 tin tomato cincang
• 1 biji bawang besar di cincang
• 1 bawang putih dicincang
• 1 teaspoon daun oregano kering
• garam
• Untuk dibakar
• mozarella cheese
• grated parmesan
Cara-Membuatnya:
1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap
4. *Saya letak spaghetti dulu pastu curah sos tomato, susun meatballs, tabur mozarella dan grated parmesan kemudian bakar suhu 220C selama 20 minit.
Selasa, 7 April 2015
Ayam Masak Halia
Bahan-Bahan:
• 500 gram ayam, potong kecil
• 4 ulas bawang putih, hiris nipis
• 2 cm halia, dihiris halus memanjang
• 1 sudu besar kicap cair
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
• 1 biji cili merah, hiris nipis
• 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
• 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
• minyak masak, untuk goreng ayam
• sedikit lada sulah atau lada hitam
• sedikit garam dan kunyit
• garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
1.6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas
Sabtu, 4 April 2015
Ikan goreng pekasam
Bahan-bahan ( 2 orang )
· 1 ekor ikan pekasam
· 1 labu bawang besar di potong nipis
· 1 ulas bawang putih di potong nipis
· 3 helai cili kering - buang biji dipotong pendek dan serong
· Sedikit minyak untuk menggoreng ikan pekasam
· 1 biji limau nipis
Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng dulu ikan pekasam. Apabila ikan agak-agak nak masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering. Goreng sekali dengan ikan hingga kekuningan.. Dah masak angkat dan letak dalam pinggan.
2. Perah limau nipis bila hendak makan diatas lauk pekasam tadi. dan makan dengan nasi panas.
Black pepper chicken chop
Bahan-bahan untuk 2 orang
*UNTUK DIPERAP*
· 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
· 2 ulas bawang putih (cincang)
· 1 cm halia (cincang)
· 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
· 2 sudu besar sos cili
· 1 sudu besar sos tomato
· 1 sudu besar sos Lee & Perrins
· 1 sudu besar kicap manis
· 1 sudu besar kicap masin
· 1 sudu besar sos tiram
· 1 sudu besar madu
· garam secukup rasa
· *SOS BLACK PEPPER*
· 1/2 botol sos lada hitam
· 2-3 sudu besar sos tiram
· 3-4 cendawan butang (cincang)
· 1/2 biji bawang besar (cincang)
· garam/gula secukup rasa
Cara-cara
1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula se
Ayam goreng berempah
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
- 1) 4 ketul peha ayam ( tak kisah bahagian apa)
- 2) serbuk kari ayam (saya suka guna babas atau alagapas)
- 3) cili kering kisar / cili boh 2 sudu besar
- 4) sos cili 2 sudu besar ( boley tambah sos tiram kalau ada kat umah)
- 5) gula pasir 1 sudu besar / madu 1 sudu besar
- 6) sedikit garam
Cara-cara
- a) semua bahan-bahan di atas di gaul dengan ayam dan diperap selama 10 min. ( bagi ramuan tue sebati, tapi kadang2 saya trus goreng jew sebab dah lapar sgt, heheh)
- b) panaskan kuali dengan api yg sederhana dan goreng. siap !!! >_<
- note: 1. jika nak masak resipi ney tuk nasi ayam, ayam yg direbus dgn air sup tadi tue di asingkan dan masukkn semua ramuan diatas, then goreng, siap! 2. kalau nak wat bakar-bakar kat luar rumah, ramuan yg sama guna, then trus bakar ler.hehehe Selamat Mencuber!!! >_<
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
- 1 ekor siakap yang telah siap disiang (potong 4) dicuci dengan air asam jawa & lemon untuk hilangkan hanyir.
- 1cm kunyit hidup, 5 biji cili api, sebiji bawang besar-semua bahan ditumbuk, tak boleh kisar dengan blend sebab nanti berair, tak jadi
- 2cm halia, dihiris halus
- 2 helai daun kunyit
- 2 cawan santan
- 1keping asam gelugur, gula dan garam secukup rasa
Cara-cara
- Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk, masukkan santan, asam keping dan halia. Masak dengan api perlahan dan perlu sentiasa dikacau.
Langgan:
Ulasan (Atom)