Ahad, 7 Jun 2015

Udang 1000 Rasa



Bahan-Bahan:

Bahan 1 
500 g udang 
2 biji telur 
3 sudu tepung jagung 
garam 
lada hitam 
minyak

Bahan 2 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
6 sudu sos cili 
2 sudu sos cili thai 
2 sudu sos tomato 
2 sudu sos tiram 
2 biji telur (dipukul) 
Gula 
Garam 
Cara:

1. Gaulkan semua bahan 1. Kemudian goreng udang hingga masak. 
2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih. Selepas garing, masukkan semua sos dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
3. Selepas itu masukkan udang dan gaul hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata. 
4. Hidangkan di dalam pinggan.

Tiada ulasan: