Khamis, 7 September 2017

DONUT PALING GEBU DAN SEDAP






BAHAN-BAHAN
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam 
  • 2 sudu gula
# campurkan bahan ni dan biarkan kembang
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

CARA-CARANYA
  • ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.
  • Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
  • Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
  • Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
  • Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
  • Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.


Tiada ulasan: